Bengkel Pengurusan Mesyuarat Berkala & Teknik Catatan Minit Mesyuarat
PENGENALAN
Apabila menjalankan aktiviti pentadbiran, operasi, perancangan dan pengurusan sesebuah organisasi, mesyuarat berkala adalah salah satu aktiviti penting yang perlu dilaksanakan. Kemahiran mengurus mesyuarat berkala seperti minit korporat dapat menjimatkan masa mesyuarat berjalan. Teknik catatan yang betul pula dapat membantu memudahkan penulisan minit mesyuarat dengan cepat dan teratur.
OBJEKTIF
- Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai proses pengurusan mesyuarat secara lengkap, berinovasi dan memendekkan tempoh mesyuarat.
- Menyediakan dokumen bantuan teknikal untuk pengerusi mengendali mesyuarat dengan cekap dan berkesan.
- Menyediakan dokumen bantuan teknikal untuk mencatat minit mesyuarat.
- Menyediakan dokumen bantuan visual kepada ahli mesyuarat.
- Mengurus mesyuarat berkala dengan berkesan.
KANDUNGAN KURSUS
Pengenalan Kepada Mesyuarat
Jenis-jenis mesyuarat dan jawatankuasa
Peranan pengerusi, setiausaha dan ahli mesyuarat
Pengurusan Mesyuarat
Sebelum mesyuarat, perancangan untuk bermesyuarat
Semasa mesyuarat, prosedur di dalam mesyuarat
Selepas mesyuarat dan keperluan minit mesyuarat
Bengkel Mesyuarat
Dokumen mesyuarat dan kertas ringkasan
Jadual perkara berbangkit tertangguh
Jadual perkara Berbangkit
Jadual Agenda
Rujukan Perkara Mesyuarat Dan Agenda
Pengesahan keputusan mesyuarat
Catatan Minit Mesyuarat
Kandungan dan format lazim
Pengesahan keputusan mesyuarat
Maklum balas
KUMPULAN SASAR
Pegawai dari semua gred perkhidmatan.
PENCERAMAH
En. Nik Mohamed Fakaruddin b. Nik Mahir adalah penulis buku Taip Minda (Keyboarding) 2007 dan Pengurusan Mesyuarat Berkesan, 2019. Beliau mempunyai pengalaman sebagai Setiausaha Pejabat sehingga sebagai pengurusan kanan di dalam agensi kerajaan selama 12 tahun. Beliau berkelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan (ITM), Sarjana Muda Pengurusan Majlis (UiTM) dan Sarjana Eksekutif Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam, Asia E University. Berumur 57 tahun. Beliau juga mempunyai pengalaman di dalam pengurusan korporat, kewangan dan menulis pelbagai kertas cadangan dan laporan.
Cara Pengendalian KURSUS:
Untuk memastikan keberkesanan program dan meningkatkan tahap pembelajaran bagi setiap peserta, program ini akan dikendalikan secara santai dengan kombinasi seperti berikut:
- Ceramah
- Aktiviti/Perbincangan kumpulan
- “Mock up meeting”
- Pembentangan kumpulan

