Program Eksekutif

IKTPP berpengalaman dalam mengendalikan program eksekutif selama beberapa tahun bekerjasama dengan Asia e University bagi menjalankan program Diploma dan Sarjana Muda Eksekutif dalam bidang Pengurusan Pejabat (Office Management) dan Pengurusan Majlis & Acara (Event Management) secara sambilan untuk eksekutif dan pegawai yang sedang bekerja. Program tersebut berjaya meningkatkan perkembangan kerjaya peserta melalui tambah nilai diri dari sudut skil dan kemahiran serta kebolehan. Namun begitu, program tersebut di atas tidak mendapat akreditasi MQA untuk pengiktirafan bagi yang bekerja dengan Perkhidmatan Awam Malaysia. Manakala mereka yang berkhidmat dengan pihak swasta, yang cenderung kepada prestasi dan produktiviti, program tanpa MQA tidak menjadi halangan perkembangan dan kemajuan kerjaya.

Program Eksekutif juga sesuai untuk usahawan dan bakal usahawan kerana program sebegini dapat meningkatkan pengetahuan, skil dan prestasi serta kebolehan mengendali perniagaan dengan lebih cekap dan berkesan. Mulai tahun 2025, IKTPP akan mengendalikan sendiri, Sijil Antarabangsa bagi program tersebut di atas secara intensif selama 8 hari di Hatyai, Thailand.

Kenapa program ini dinamakan sebagai antarabangsa? Peserta yang menyertai program di luar negara, akan mendapat pendedahan dari segi perjalanan merentas sempadan dan memahami pentadbiran kerajaan yang berbeza, model sikap dan keusahawanan, perbezaan ekonomi di Thailand. Pengetahuan dan pengalaman yang berharga ini dapat diadaptasi dalam pembangunan kendiri peserta.

Sijil Antarabangsa Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas/Pentadbir Pejabat Secretarial Science/PA/OA

Sijil Antarabangsa Pengurusan Majlis & Acara Program Pengurusan Majlis