Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Selamat sejahtera semua,
Nama saya Nik Mohd Fakaruddin bin Nik Mahir pemilik IKTPP. Selamat datang ke laman web baru kami. Institut ini pertama kali ditubuhkan di Kuala Terengganu pada tahun 2002 dan kemudiannya berpejabat di Lembah Klang sejak tahun 2005 sehingga hari ini.
Saya pernah berkhidmat sebagai seorang Setiausaha Pejabat, Eksekutif dan Pengurus dari tahun 1988 hingga 2001. Saya belajar, Diploma in Stenography (1987) di Institut Teknologi MARA, Sarjana Muda Pengurusan Majlis (2011), Universiti Teknologi MARA dan Sarjana Eksekutif Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam (2012), Asia E-University.
Menimba ilmu baharu dari masa ke masa adalah penting bagi saya. Begitu juga berkongsi ilmu antara kita semua. Saya suka mengembara mencari pengalaman dan mempunyai minat mendalam dalam aktiviti permotoran. Cari saya di media sosial Youtube, Acik Moto dan TikTok, Acik Moto
Sampai kita jumpa lagi.
Salam ikhlas,
Nik Fakaruddin Mahir


