Ikrar Integriti IKTPP

Futurewave
  • Kami tidak akan bertoleransi dan tidak akan melayan permintaan untuk membuat ‘mark up’ dalam sebutharga di atas apa-apa alasan sekalipun yang mana sebahagian perolehan dipulangkan semula kepada mana-mana pihak ketiga.
  • Kami tidak akan melayan permintaan daripada mana-mana pegawai atasan atau bawahan untuk memberikan sumbangan prihatin atau suapan di atas apa-apa alasan sekalipun, samada sebelum atau selepas sesuatu program atau perolehan.
  • Kami tidak akan terlibat dengan jabatan yang meminta kami menyediakan 3 sebutharga walaupun bertujuan untuk meluluskan perolehan kami. Alasan keperluan ISO jabatan Kerajaan dalam hal ini perlu jelas dalam nilai sebutharga yang kecil yang mana tidak memerlukan sebutharga, tetapi sebaliknya hanya lantikan atau belian terus. Jabatan Kerajaan seharusnya merujuk kepada Pekeliling Kerajaan berkaitan belian/lantikan terus dan had belian/lantikan terus di mana syarikat telah berdaftar dalam kod bidang perolehan tersebut dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Kami sedar dengan tidak melayan permintaan-permintaan di atas telah dan boleh menyebabkan kesukaran bagi kami dalam menjalankan perniagaan kami.