Bengkel Analisis Keperluan Latihan (TNA)
PENGENALAN
Latihan atau pembangunan modal insan adalah merupakan suatu proses untuk meningkatkan potensi warga kerja sesebuah organisasi melalui penguasaan ilmu pengetahuan, pembinaan kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas secara efektif bagi memacu pencapaian misi dan visi organisasi. Bagi memastikan aspek perancangan dan pelaksanaan latihan dilaksanakan berasaskan kepada keperluan sebenar kakitangan dan juga organisasi, proses Analisis Keperluan Latihan (TNA) perlu dilakukan.
TNA merupakan langkah asas yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu perancangan mengenai latihan dibuat. Objektif utama TNA ini dilaksanakan ialah untuk mengumpul dan menganalisis keperluan sebenar latihan bagi setiap warga kerja agar ianya sesuai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang.
Lokasi kursus adalah di Friendlytel Hotel, Hatyai, Thailand.

Kenapa pembangunan sumber manusia dan latihan adalah antara dorongan utama untuk sesebuah organisasi berjaya dan sentiasa maju ke hadapan?
Keperluan khidmat pelanggan yang sentiasa berubah, meningkatkan produktiviti, keselamatan pekerja, menjayakan perubahan organisasi, pertumbuhan tahun ke tahun, naik-turun ekonomi, persaraan pekerja mahir, mengekalkan kakitangan dan kelebihan daya saing.
Organisasi dari masa ke masa mengalami perubahan besar didorong pelbagai teknologi baharu, pembangunan pengetahuan yang pesat, dunia tanpa sempadan, tuntutan khidmat pelanggan dan asakan persaingan yang hebat.
Matlamat latihan adalah menambah kecekapan dan keberkesanan melaksana tugasan. Kakitangan perlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul untuk diterapkan dalam melaksanakan tugasan harian mereka dengan cemerlang.

SEBUTHARGA DAN MODUL KURSUS
Untuk modul lengkap dan sebutharga seminar sila muat turun.
Penceramah
Program ini akan diterajui oleh Dr. Hamidon Abu Bakar

En. Nik Mohamed Fakaruddin Nik Mahir
Pengetua (Founder)

Dr. Hamidon Abu Bakar
Penceramah Utama/Pakar Motivasi
Kami telah melaksanakan banyak siri Bengkel Analisis Keperluan Latihan





