Pengurusan Mesyuarat Berkesan

High In The Sky

Bengkel Pengurusan Mesyuarat Berkala & Teknik Catatan Minit Mesyuarat

PENGENALAN

Apabila menjalankan aktiviti pentadbiran, operasi, perancangan dan pengurusan  sesebuah organisasi, mesyuarat berkala adalah salah satu aktiviti penting yang perlu dilaksanakan.  Kemahiran mengurus mesyuarat berkala seperti minit korporat dapat menjimatkan masa mesyuarat berjalan.  Teknik catatan yang betul pula dapat membantu memudahkan penulisan  minit mesyuarat dengan cepat dan teratur.

OBJEKTIF

  • Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai proses pengurusan mesyuarat secara lengkap, berinovasi dan memendekkan tempoh mesyuarat.
  • Menyediakan dokumen bantuan teknikal untuk pengerusi  mengendali mesyuarat dengan cekap dan berkesan.
  • Menyediakan dokumen bantuan teknikal untuk mencatat minit mesyuarat.
  • Menyediakan dokumen bantuan visual kepada ahli mesyuarat.
  • Mengurus mesyuarat berkala dengan berkesan.

KANDUNGAN KURSUS

Pengenalan Kepada Mesyuarat

Jenis-jenis mesyuarat dan jawatankuasa

Peranan pengerusi, setiausaha dan ahli mesyuarat

Pengurusan Mesyuarat

Sebelum mesyuarat, perancangan untuk bermesyuarat

Semasa mesyuarat, prosedur di dalam mesyuarat

Selepas mesyuarat dan keperluan minit mesyuarat

Bengkel Mesyuarat

Dokumen mesyuarat dan kertas ringkasan

Jadual perkara berbangkit tertangguh

Jadual perkara Berbangkit

Jadual Agenda

Rujukan Perkara Mesyuarat Dan Agenda

Pengesahan keputusan mesyuarat

Catatan Minit Mesyuarat

Kandungan dan format lazim

Pengesahan keputusan mesyuarat

Maklum balas

KUMPULAN SASAR

Pegawai dari semua gred perkhidmatan.

PENCERAMAH

En. Nik Mohamed Fakaruddin b. Nik Mahir adalah penulis buku Taip Minda (Keyboarding) 2007 dan Pengurusan Mesyuarat Berkesan, 2019.  Beliau mempunyai pengalaman sebagai Setiausaha Pejabat sehingga sebagai pengurusan kanan di dalam agensi kerajaan selama 12 tahun.  Beliau berkelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan (ITM), Sarjana Muda Pengurusan Majlis (UiTM) dan Sarjana Eksekutif Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam, Asia E University.  Berumur 57 tahun.  Beliau juga mempunyai pengalaman di dalam pengurusan korporat, kewangan dan menulis pelbagai kertas cadangan dan laporan.

Cara Pengendalian KURSUS:

Untuk memastikan keberkesanan program dan meningkatkan tahap pembelajaran bagi setiap peserta, program ini akan dikendalikan secara santai dengan kombinasi seperti berikut:

  • Ceramah
  • Aktiviti/Perbincangan kumpulan
  • “Mock up meeting”
  • Pembentangan kumpulan