PERJUMPAAN SETIAUSAHA PEJABAT ANTARABANGSA 16-19 FEBRUARI, 2025

Setiausaha Dan Pentadbir Pejabat Berwibawa

Dalam persekitaran perniagaan yang serba pantas hari ini, setiausaha pejabat dan pentadbir pejabat memainkan peranan penting dalam membantu pihak pengurusan untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar. Di sebalik tugas hakiki dalam pentadbiran pejabat, setiausaha dan pentadbir pejabat mesti memiliki pelbagai kemahiran tambahan seperti komunikasi yang berkesan, pengurusan masa dan pengurusan pelbagai keperluan yang dapat menyumbang kepada produktiviti di pejabat.

Program Pembangunan Kesetiausahaan ini direka untuk melengkapkan setiausaha dan pentadbir pejabat dengan kemahiran penting yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan tugas mereka, menyesuaikan diri dengan permintaan di  tempat kerja yang berkembang maju dan menjadi rakan kongsi strategik dalam kejayaan organisasi.

Lokasi kursus adalah di Friendlytel Hotel, Hatyai, Thailand.

Kenapa pembangunan sumber manusia dan latihan adalah antara dorongan utama untuk sesebuah organisasi berjaya dan sentiasa maju ke hadapan?

Keperluan khidmat pelanggan yang sentiasa berubah, meningkatkan produktiviti, keselamatan pekerja, menjayakan perubahan organisasi, pertumbuhan tahun ke tahun, naik-turun ekonomi, persaraan pekerja mahir, mengekalkan kakitangan dan kelebihan daya saing.

Organisasi dari masa ke masa mengalami perubahan besar didorong pelbagai teknologi baharu, pembangunan pengetahuan yang pesat, dunia tanpa sempadan, tuntutan khidmat pelanggan dan asakan persaingan yang hebat.

Matlamat latihan adalah menambah kecekapan dan keberkesanan melaksana tugasan. Kakitangan perlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul untuk diterapkan dalam melaksanakan tugasan harian mereka dengan cemerlang.

SEBUTHARGA DAN MODUL KURSUS

Untuk modul lengkap dan sebutharga seminar sila muat turun.

Penceramah

Program ini akan dilaksanakan secara kombinasi oleh En. Nik dan Dr. Hamidon

En. Nik Mohamed Fakaruddin Nik Mahir

Pengetua (Founder)

Dr. Hamidon Abu Bakar

Penceramah Utama/Pakar Motivasi

Kami telah melaksanakan banyak siri program untuk Setiausaha Pejabat